29 May 2011

Piala Eropah keempat Barcelona !

Barca berada di dalam prestasi yang sublim untuk meraikan kejayaan keempat Piala Eropah dengan menewaskan Mancester United 3-1 di Wembley pagi tadi waktu Malaysia . Pedro , Messi dan Villa berada pada target terbaik untuk memastikan pasukan mengulangi kejayaan 1992 di Wembley .


Selepas  Victor Valdes berjaya menepis bola hasil tendangan Rooney , pemain Barcelona mula mendapatkan rentak mereka . Hasilnya gol pertama oleh Pedro Rodriguez selepas lorongan yang cantik dari Xavi Hernandez pada minit ke-27.


Walaupun Barca mendominasi permainan , tetapi pergerakan pantas diantara Rooney dan Gigs berjaya menghasilkan gol pada minit ke-34 . Walaubagaimanapun , pemain Barca masih bersemangat untuk berjuang .


Jika separuh masa pertama didominasi oleh Barca , separuh masa kedua masih tetap didominasi oleh mereka . Akhirnya , jaringan hasil sepakan kencang Messi dari luar kotak penalti pada minit ke-53 meletakkan Barca dihadapan kembali .


Setelah itu David Villa Sanchez atau digelar sebagai El Guaje Villa menjaringkan gol ketiga Barca apabila satu tendangan lencong kearah pintu gol Mancester United dari luar kotak penalti membuahkan gol hasil gerakan Messi yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan . Gol David Villa itu melengkapkan malam gemilang Barcelona .


Permainan terus dikuasai oleh Barcelona sehinggakan semua penyokong Mancester United diam seribu bahasa meninggalkan pasukan mereka yang tidak berdaya untuk melakukan apa² lagi dengan dominasi pemain Barcelona yang masih bersemangat bersama penyokong mereka yang bersorak meraikan kemenangan yang semakin hampir .


Tendangan bebas Koeman's Brilliant memberikan Barca Piala Eropah pertama di Wembley pada tahun 1992 , tetapi itu adalah permainan kolektif pasukan Pep Guardiola yang membawa pulang piala pada waktu itu . Kemenangan Barcelona meraih Piala Eropah pada tahun ini memberikan mereka kejayaan berganda setelah memenangi La Liga baru² ini . 


Kemenangan merangkul  Piala Eropah meletakkan Barcelona pasukan terbaik Dunia pada ketika ini . Viva Barcelona ! Viva Barcelona !. Sila cuba lagi lerr Mancester United . LOL . Video FULL Highlight game pagi tadi ada bawah niey . Saksikan kebenarannya . HAHA !



Pastinya penyokong Mancester United di Malaysia juga diam seribu bahasa. KAHKAHKAH ! Aku suka tengok Mancester United yang  berlagak hebat tu kalah . HAHA ! Penyokong MANU jangan marah yee :) PEACE !  Ramalan aku berjaya kowt . David Villa dan Messi meledak . Cuma tambah Pedro jerr . HAHA ! Tak percaya ? tengok bawah niey . 

klik gambar untuk besarkan :)

Tengok tu . Aku siap buat tulisan biru lagi . Mention Barcelona , Villa ngan Messi . HAHA ! Aku komen 15 hour ago oke . dalam pukul 8 malam . Jangan nak bising . Komen sekali entry yerr :)
Assalamualaikum
--------------------------------------------------------------------------------------------
"(iaitu) pada hari (ketika) mereka keluar (dari kubur , tidak sesuatu pun keadaan mereka yang tersembunyi disisi Allah ) lalu Allah berfirman ," Milik siapakah kerajaan pada hari ini ? " Milik Allah Yang Maha Esa , Maha Mengalahkan "

4 comments:

Tuan Hijau said...

hidup barcelona kan...hehehe

Muhammad Asyraf said...

@angah Hidup Barcelona . Viva Barcelona ! Viva Barcelona ! HAHA :)

Penyu said...

menci aku barca !

Muhammad Asyraf said...

@Muhd Fadil HAHA ! jangan nak dengki lerr abg padil :P

back to top