12 February 2011

lhal Mubarak! Ilhal Mubarak! SYABAS PEMUDA MESIR !

KAHERAH 11 Feb. - Ilhal Mubarak! Ilhal Mubarak! Laungan yang bermakna 'Berambus, Mubarak, Barambus!' bergema bermula daripada kami memasuki pusat bandar raya sebelum meletak kereta kira-kira satu kilometer dari Dataran Tahrir, senja semalam.


Di laluan yang sama, puluhan orang lagi berduyun-duyun menghala ke satu destinasi sambil membawa bendera merah, putih dan hitam Mesir. Rata-ratanya golongan muda. Terdapat juga pasangan yang membawa anak-anak. Nampaknya potensi untuk bersesak di Dataran Tahrir, bukan penghalang.Waktu hampir 8 malam dan momentum ketika itu ialah Presiden Hosni Mubarak akan meletak jawatan.Di Dataran Tahrir tersebut, ratusan ribu sudah memenuhi kawasan sekitarnya. Laungan Ilhal, Ilhal lagi kuat, lagi nyaring. Sesekali pembesar suara memainkan lagu patriotik dan apabila tiba pada korus, hampir semua melaungkan 'Ya Mosr' (sebutan Arab untuk Mesir).Jika hendak dibandingkan, pengalaman memasuki Dataran Tahrir ibarat memasuki stadium antara pasukan 'rakyat' dan 'Hosni Mubarak'. Ini kerana orang ramai yang sama-sama berjalan ke situ menyanyi lagu patriotik sambil mengibar bendera negara (bukan parti politik seperti yang kita biasa lihat di Malaysia) dan ada yang melukis bendera pada dahi atau pipi mereka.''Malam ini dia undur. Malam ini dia berambus!" kata seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Muhamad. Desas-desus mengenai pengumuman tersebut telah bernyala sejak petang, mendorong orang ramai berduyun-duyun menuju ke Dataran Tahrir.





akhirnya kafir laknat si hosni mubarak telah tumbang selepas tidak senang duduk diatas gerakan demo pemuda mesir ! tahniah rakyat mesir akhirnya negara korang akan ditadbir oleh orang Islam . tiada lagi kezaliman akan berlaku ! honsni mubarak inilah orang yang menyokong tindakan israel keatas palestine . aku dari dulu dah wanted dia tu . akhirnya kebenaran mengalahkan kezaliman . rakyat mesir begitu gembira menyambut kenyataan naib presiden mesir yang mengatakan hosni mubarak meletak jawatan .
nyah kaww dari bumi mesir ! tengok muka hosni mubarak aku dah tahu jahatnya dia . muka macam firaun . TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! Islam sudah berjaya menumbangkan satu lagi kerajaan kafir yang zalim . TAKBIR !akhirnya revolusi yang dilakukan oleh rakyat mesir berjaya ! semoga dengan berundurnya Hosni Mesir akn membuka pintu sempadannya kepada rakyat Palestin.
aku harap Mesir lepas niey dapat la bantu umat umat Islam Palestin yang dalam
kesusahan







No comments:

back to top