18 March 2011

Hikayat Merong Mahwangsa The Movie .



DAMM ! I love this movie . movie anak malaysia paling berjaya buat masa niey . lantak la ramai yang nak kritik . korang bule buat movie macam niey ke ? SO , SHADAP ! . masa aku tengok movie kat parade semalam punya semalam . GILA kagum aku tengok filem niey . siyes bule dikatakan setanding filem luar negara . aku tak pernah tengok filem melayu setanding filem niey . CONGRET to KRU studios kerana dapat menerbitkan filem SEHEBAT dan SEBAGUS niey . kalau korang tak tengok memang rugi lah! menurut yusry flem niey dah dihatar ke 73 buah negara . kalau tak silap lah .
semalam dia cakap kat CHOOP ! tv9 .Stephen Rahman-Hughes ! you awsome bro . damn !



INFO
Filem yang mengambil masa dua bulan untuk sesi penggambaran ini menelan belanja RM8 juta, sekaligus menjadikannya filem termahal dalam sejarah perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.
HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka. 



Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) arahan Yusry Abdul Halim sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem tempatan. Ini kerana sejak dari awal pembikinannya, filem ini mendapat publisiti yang cukup meluas. Bahkan, ia turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Ini memberikan satu penanda aras untuk kemajuan filem Malaysia.Sebenarnya banyak aspek yang boleh dipuji dalam filem ini. Ia adalah sebuah filem epik penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat dengan penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan "props" kurun ke 2.
Menurut Yusry, filem ini terpaksa mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana ia melibatkan kajian dan perancangan yang rapi. Jelas pengarah muda ini, bukan mudah untuk menterjermah satu karya klasik ke dalam sebuah filem yang hanya mengambil masa 110 minit.
saya suka dengan perjalanan cerita filem ini. Yusry bijak menyusun plot cerita sehingga ia mudah diikuti. Teknik CGI yang ditampilkan menerusi filem ini juga layak diberi pujian. CGI ini sangat membantu menghidupkan jalan cerita. Rasanya tidak ada lagi filem tempatan yang memaparkan teknik CGI secemerlang Hikayat Merong Mahawangsa. 


berita hairan 


metro

Stephen Rahman Huges dapat menghayati watak Merong Mahawangsa. Mahupun tidak mampu berbahasa Melayu, tetapi jejaka berdarah Inggeris ini mampu menuturkan kata-kata dengan lancar walaupun adakalanya berbaur Inggeris. 
Dengan lakonan yang mantap tidak mustahil pada masa akan datang Stephen akan terus mendapat peluang untuk menjadi hero filem tempatan. Dengan wajah tampan dan tubuh yang sasa, lelaki ini memang mempunyai pakej sebagai hero filem. 
Begitu juga dengan lakonan Khir Rahman yang memegang watak Kemawas, ketua lanun Geruda yang cukup digeruni. Pelakon berpengalaman ini berjaya membuatkan penonton merasa marah dan benci terhadapnya. 
Manakala kehadiran Ummi Nazeera juga tidak mengecewakan. Pelakon yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia ini membawakan watak Embok, seorang gadis kampung yang jatuh hati kepada Merong Mahawangsa. 

tengss .
assalamualaiku :D


5 comments:

Dear Yayah said...

entry jgn panjang2 boleh tak .haha .letih nak bace

Awol said...

waaahh...nak tgk sgt laaa H.merong mahawangsa nihh!

Muhammad Asyraf said...

ayung : jangan bising lah !
fahied hifni : mesti tengok tau ! best sangat .

Anonymous said...

salam....

hebat filem ni.....

Muhammad Asyraf said...

wsalam . memang hebat . belum pernah dibuat oleh orang malaysia dan anak melayu . :)

back to top