18 February 2011

HDR ! OH YEAH !

niey kereta ketiga menjadi
ini kereta kedua yang menjadi
ini first kereta yang menjadi

( klik untuk besarkan )


hahaha .aku dah lama teringin buad HDR .HDR stands for high dynamic range .
ini antara pic HDR aku yang menjadi. aku dah try buad muka manusia tapi tak jadi . lepas niey nak buad gambar landskap pulak . mesti ada awan baru cun gambar . HAHA . aku try buad gmbar kereta baru menjadi . aku belajar dari Internet ja .guna PHOTOMATIX PRO 3.2 yang dapat dari amirul . mirul suh cuba so aku buad jelahh . aku start pukul 2 stengah tadi dan sampai pukul 6 suku baru habis . dapat buad 3 gambar ja . HAHA . takpa takpa nanti aku dah PRO boleh lahh buad banyak banyak dalam satu masa .

sebenarnya, mata manusia dan mata lensa lebih kurang sama. Mata manusia tak dapat nampak cahaya yang ada pada sesuatu benda secara dinamik. Kamera pun tak boleh. Namun begitu, dengan menggunakan teknologi pemprosesan komputer segalanya jadi boleh. Tapi kamera sendiri masih tidak mampu memproses gambar dinamik semasa kita shot sesuatu scene secara direct. Jadi perlu juga menggunakan kaedah manual. Kaedah untuk penghasilan imej secara dinamik ini dinamakan 'High Dynamic Range Image' atau singkatannya disebut 'HDR'. Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga imej yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara terang dan gelap.

HDR pertama kali diperkenalkan antara tahun 1930 hingga 1940 oleh Charles Wykoff. Beliau telah menghasilkan foto terperinci letupan nuklear yang telah berlaku pada awal tahun 1940an dan karyanya telah dijadikan muka depan majalah LIFE.

Proses penghasilan HDR ketika awal pengenalannya memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan kerana prosesnya agak rumit, lebih-lebih lagi teknologi di waktu itu masih terlalu jauh berbanding ketika ini. Berbeza di zaman ini, proses penghasilannya telah dipermudahkan beratus kali ganda. Penciptaan pelbagai perisian untuk menghasilkan HDR telah memendekkan penghasilannya sehingga tahap kurang dari lima belas (15) minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.

Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau 'reject' kerana sebab-sebab yang berbagai. Imej pemandangan yang diambil antara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang misalnya,
adalah dianggap tidak sesuai dipamerkan. Kini, ada kaedah untuk memperbetulkannya.
okeyy lahh . itu saja untuk hari ini .
sekurang kurangnya buad HDR niey boleh release tensyen aku . HAHA.
tu jelahh nak gitau .
assalamualaikum :)

No comments:

back to top